" Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? " [61:2]
Thursday, 1 November 2012
^ DI ALAM MAYA TAK SERUPA REALITI ^
peringatan dari sahabat ana yang menusuk kalbu tentang
realiti di alam maya ..
astaghfirullah
______________________________________________________
SMS tanpa urusan.
Berfacebooking tanpa urusan.
Call tanpa urusan.
Dating tanpa mahram.
Chatting tanpa urusan.
dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi.
Kat luar tak pernah bertegur sapa..
Pandang pun tak..
Tapi kat FB... kencang !
Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri..
Bersalah dengan diri sendiri..
Adakah hipokrit ?
Sebab tu lah orang cakap, di alam maya,
ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..
Ada orang, di alam realiti sangat pemalu.
Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken.
Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain.
Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun
dengan kawan berlainan jantina.
Tapi di alam maya,
kencang je chatting dengan kawan yang berlainan jantina.
Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban..
sungguh, di antara kita tidak terlepas
dari masalah menjaga ikhtilat
di antara lelaki dan perempuan.
Di luar punyalah tsiqah dan warak..
angkat muka pun tak mahu di depan
kawan-kawan berlainan jantina..
MALU !
Tapi di alam maya.......................
tak sanggup nak tulis kat sini,
Teramat malu..
Malu dengan diri sendiri.
Malu kepada Allah.
Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..
Ya Allah..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk
menjaga ikhtilat dalam pergaulan..
Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat..
Hanya iman dan taqwa mampu menjadi
benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..
Marilah kita katakan TIDAK kepada
pergaulan bebas di alam maya !
Walaupun kesannya sukar dilihat,
tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam
kepada hati dan adab sosial seharian.
Pelihara hati, pelihara tingkah laku,
pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah,
pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.
Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya.
Aamiin.. ^_^
~peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa
dan juga sahabat-sahabat lain~
(daztun nithaqain, 2012)
#copy paste
~fb azam afidi~
Labels:
ADAM VS HAWA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment