Wednesday 31 October 2012

^ TEMUKANLAH AJALKU ^


Rasulullah saw berpesan, 

jika rindu untuk bertemu dengan-Nya,

maka berdoalah,

" Ya Allah, cukupkanlah amalku 

dan temukanlah ajalku. "


Orang yang beriman, cinta akan kematian,

iaitu saat ketika bertemu dengan Al-Khalik.


~ oh Allah, i miss u ~



^ ANTARA MUHASABAH & MUJAHADAH ^


Semua orang boleh bermuhasabah, 

tapi tak ramai yang boleh mencabar diri untuk berubah, 

bermuhasabah itu sangat mudah, 

tapi mujahadah itu payah dan perlukan kesabaran, 

jangan rasa tenang jika bermuhasabah 

sekiranya masih gagal bermujahadah, 

istiqomah dalam mujahadah itu yang paling utama, 

ia perlukan pengorbanan, 

pengorbanan yang paling berat ialah korbankan perasaan, 

itulah rutin hidup orang-orang hebat, 

yang pasti kuncinya ialah bertanding dengan diri sendiri..

~syarina~ 

^ MANUSIA BUTA ^



" Manusia yang sebenar-benar buta

adalah mereka yang hidup

tanpa dapat melihat adanya

kematian di hadapan mereka. "

~ Ust Hishamuddin Abdul Aziz ~

^ BIAR SEDIKIT ^



Biarlah sedikit,

daripada tiada langsung.

Biarlah yang kita mampu dakwah itu seorang dua,

tetapi berkualiti,

daripada sejuta dua,

tetapi hanya angka-angka kosong semata.


Moga daripada seorang dua itulah,

keluarnya berjuta-juta angka bermakna,

yang penting,

jangan langsung kita tidak bekerja.

~fatin~

^ MEMANG SEPERTI ITU DAKWAH ^



“ Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu. ”

" Kalau iman dan syaitan terus bertempur. 

Pada akhirnya salah satunya harus mengalah. "




Memang seperti itu dakwah.

Dakwah adalah cinta...

Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.

Sampai fikiranmu...

Sampai perhatianmu...

Berjalan, duduk, dan tidurmu.

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. 


Tentang umat yang kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu..

Dakwah. 

Menyedut saripati tenagamu...

Sampai tulang-belulangmu. 

Sampai daging terakhir yang menempel ditubuh rentamu. 

Tubuh yang luluh lantak diseret-seret... 

Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari... :(

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah saw...

Tapi kepalanya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan Allah....


Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. 

Dia memimpin hanya sebentar. 

Tapi kaum muslimin sudah dibuat dalam kerahmatan. 

Tidak ada lagi orang miskin yang meminta sedekah. 

Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.

Terpanar membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. 


Tubuh yang segar bugar itu sampai lunyai.

Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. 

Adakah memang itu yang diharapkannya ;

mati sebagai jiwa yang tenang.


Dan ditemukan di akhirat kelak, 

mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. 

Kepalanya sampai botak. 

Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. 

Kurang heroik? 

Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legenda di sepanjang sejarah ; 

luka ditikamnya seorang Khalifah yang soleh, 

yang sedang bermesra dengan Tuhannya saat solat.


Dakwah bukannya tidak melelahkan. 

Bukannya tidak membosankan. 

Dakwah bukannya tidak menyakitkan. 

Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.


Tidak… 

Justeru kelelahan. 

Justeru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. 

Setiap hari. 

Satu kisah heroik, 

akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.

Justeru kerana rasa sakit itu selalu mereka rasakan, 

selalu menemani… 


Justeru kerana rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… 

akhirnya menjadi adaptasi. 

Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, 

pada akhirnya salah satunya harus mengalah. 


Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. 

Lalu terus berkobar dalam dada.

Begitu pula rasa sakit. 

Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka...


Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda 

dibandingkan jihad yang begitu cantik. 

Begitupun Umar. 

Saat Rasulullah saw wafat, ia histeria! 

Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. 

Bukannya tidak cinta pada Abu Bakar.

Tapi seringnya “ditinggalkan” , 

hal itu sudah menjadi kewajaran. 


Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

Kerana itu kamu tahu. 

Pejuang yang heboh ria memperkayakan 

amalnya adalah mujahid yang telah berjaya. 

Yang takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. 

Kerana mereka jarang disakiti di jalan Allah. 


Kerana tidak setiap saat mereka memproduksikan karya-karya besar. 

Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, 

sekalinya hal itu mereka rasakan, 

mereka merasa menjadi orang besar. 

Dan mereka menjadi tumpuan 

untuk didoakan mewarisi para mujahid sejati, 


“ Ya Allah, 

berilah Kami petunjuk… 

sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “


Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh . 

Jasadnya dikoyak beban dakwah. 

Tapi iman di hatinya memancarkan cinta…

Mengajak kita untuk terus berlari…!



“ Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu. ”


" Kalau iman dan syaitan terus bertempur. 

Pada akhirnya salah satunyaharus mengalah. "

~quoted~

^ LELAKI ITU BOHONG !! ^


ANTARA NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI 
KEPADA MUSLIMAT SELURUHNYA




wahai puteriku,

pintu pemulihan ( cara mencegah ) ada di hadapanmu.

kunci pintu itu ada di tanganmu.

jika engkau yakin pada-Nya 

dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, 

maka keadaan akan berubah menjadi baik.


engkau benar wahai puteriku,

bahawa kaum lelakilah yang mula-mula

melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.


tetapi ingat,

bahawa tanpa kerelaanmu 

dan tanpa kelunakan sikapmu, 

mereka tidak akan berkeras melangkah laju. 

engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.


seandainya engkau tahu bahawa 

lelaki itu adalah serigala 

dan engkau adalah kambing, 

pasti engkau akan lari seperti larinya kambing 

dari ancaman cengkaman serigala.


sekiranya engkau sedar, 

bahawa semua lelaki adalah pencuri, 

pasti engkau akan berhati-hati 

dan sentiasa menjaga diri dari dicuri 

( sesuatu yang berharga darimu ).


lelaki menghendaki yang paling berharga darimu, 

iaitu harga diri dan kehormatanmu. 

nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya 

lebih menyedihkan daripada 

nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


wahai puteriku,

demi Allah ! 

apa yang dikhayalkan oleh pemuda 

ketika dia melihat gadis 

ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya 

tanpa sebarang pakaian.


demi Allah ! 

jangan percaya terhadap 

kata-kata sebahagian lelaki, 

bahawa mereka memandangmu 

kerana akhlak dan adab. 

berbicara denganmu seperti sahabat 

dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. 

bohong !! bohong !! 

demi Allah dia berbohong. 

seandainya engkau mendengar sendiri 

perbualan antara mereka,

pasti engkau takut dan ngeri.


wahai puteriku,

lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, 

dengan segala kerendahan hati, 

memohon kemaafan, 

menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. 

dia akan datang meminang dan mengahwinimu.


~ pliz, take care of yourself ~


^ NGANTUK LEPAS SUBUH ^


" Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf 

selepas waktu subuh,

kerana waktu itu ialah waktu mencari rezeki dan 

berusaha ( syara' dan 'uruf ) di sisi orang yang berakal. "

~ Imam As-Safarini ~






Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang 

sedang berbaring pada waktu Subuh, 

maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, 

bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, 

dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, 

sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia 

di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” 

[ Diriwayatkan Al-Baihaqi ]


mengantuk macam mana pun,

jangan tidur lepas subuh tau !!

ingat ....

sama-sama kita bermujahadah ..

setiap pagi ..

^ BERSEDIA ^


cabaran hari esok tak semudah hari ini ..

hari esok mungkin tak seindah hari ini ..

andai kata hari esok kita jatuh ..

ingatlah bahawa kita jatuh

kerana kita tak bersedia hari ini ..

~ain~

always prepare for the worst !!!


Tuesday 30 October 2012

^ CARILAH IA ^



.:: Kebenaran itu 

hanya datang 

pada yang mencari ::.

~FanSuri Al-qodiangiey~

Monday 29 October 2012

^ KERANA DUNIA ^


Kata Imam Ghazali r.h.m : 

" Sebodoh-bodoh manusia ialah

manusia yang menjual akhiratnya 

kerana dunia orang lain. "

^ AJAL MAUT ^



"Ajal kita dah ditentukan.

Dengan itu, jumlah masa kita di bumi Allah ini 
juga sudah ditentukan.

Maka, setiap saat yang berlalu, 
ialah setiap saat yang hilang daripada kita.

Oleh yang demikian, 
setiap saat perlu dihargai kerana ia hanya datang 
sekali saja dalam hidup kita.

Anda tidak membazirkan saat anda ketika membaca benda ini, 
anda hanya membazirkan saat anda sekiranya anda tidak melakukan apa-apa yang berfaedah selepas ini.

Hargai masa sebelum ajal yang diberi Allah. 
Setiap saat hanya diberi sekali dan setiap saat yang hilang menandakan ajal semakin menghampiri.

Untuk peringatan semua. Senyum."

~someone~

^ KISAH SI LEMBU ^



LEMBU : Aku makan rumput. Tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Makanan kita tidak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas katil. Engkau tidur dalam kandang, mana nak sama.

Tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU : Itu suara apa tuan?
LELAKI : Seruan azan ajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang ke?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah kita tuan.

# Janganlah samakan diri kita dengan lembu XD

~urfi~

^ TAK SELESA TANPA SUBTITLE ^



Kita tidak selesa menonton cerita 
Hollywood, Bollywood atau Korea tanpa subtitle, 
rasa kurang menarik kerana ceritanya kurang difahami dan dihayati.

Tetapi kita tegar, 

tidak merasa rugi, 
malah tidak merasa apa-apa bila membaca Al-quran 
tanpa terjemahan dan memahami isi kandungannya..

Allahu rabbi, 

sakitnya iman kita di saat akhir zaman ini.. :'(
astaghfirullah.. ayuh.. tadabbur,.

~amnah~




^ SIBUK KITA VS SIBUK RASULULLAH ^



"Saya sibuk ni..."

"Tak sempat datang usrah kot.."

"Sibuklah. Banyak assignment..."

~Dialog manusia hari ini~



Hari ini kita merungut menyatakan kita sibuk..


namun, cuba tanya diri kita kembali, 

adakah kesibukan diri kita 

menandingi KESIBUKAN Ar-Rasul..?

tahukah kamu, 

bahawa Rasulullah s.a.w merupakan 

MANUSIA YANG PALING SIBUK.. ?

namun, 

kita dapat lihat bagaimana dalam kesibukan, 

Baginda masih memperuntukkan masa 

untuk BERIBADAH kepada Allah 

sehingga BENGKAK KEDUA KAKINYA 

sedangkan beliau telah DIJANJIKAN SYURGA..


Sesungguhnya Baginda melakukan semua itu kerana 


mahu menjadi HAMBA yang bersyukur kepada Allah s.w.t 

yang telah memberinya BANYAK NIKMAT..

cuba ukur sejauh mana kesibukan kita dan 

kesyukuran kita kepada Allah s.w.t..


Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:


✿~ Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat

✿~ Bermunajat kepada Allah setiap malam

✿~ Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari

✿~ Berperang di jalan Allah

✿~ Melayani isteri-isteri

✿~ Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang 

disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun 

serta menghafalnya

✿~ Melayani tetamu dari bangsa Badwi, 

Yahudi, Parsi, dan lain-lain

✿~ Menziarah orang sakit 

(biar muslim, munafiq atau yahudi)

✿~ Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin

✿~ Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya 

di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang 

paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)


Tetapi kita..sibuk kerana hanya beberapa perkara :


✿~ Assignment, assignment dan assignment

✿~ berFacebook, Youtube

✿~ Dating dengan kekasih

✿~ menziarahi Tesco, Jusco

✿~ tengok drama korea, movie marathon dan lain-lain..


Melihat perbandingan hidup kita dengan Rasulullah, 


Baginda telah benar-benar hidup dengan kehidupannya..

sedangkan kita telah MEMATIKAN DIRI 

sebelum kematian..

Allah BERSUMPAH DENGAN MASA, 

dalam membicarakan kerugian manusia :


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…"


[Surah Al-Asr: 1-2]


~copy paste~

>muhasabah diri sendiri<





Friday 26 October 2012

^ MUSLIMAT TOUGH ^


Nasihat dari the real Imam Muda. 

Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah 

merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah 

walaupun umurnya masih remaja.

------


Nasihat beliau buat semua Muslimat:-


..."Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang 


sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?


Sudah hilang ketabahannya?


Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, 


cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, 

mereka lemah lembut tapi sangat kental, 

hati sekuat besi waja, 

tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), 

tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, 

tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.


Maka aku pun mengambil langkah untuk 


jadikan facebook ku sebagai 

malaikat maut bagi kaum Hawa, 

untuk mentarbiah hati mereka agar 

kuat, kental dan tabah!


Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, 


cinta kerana Allah, 

lelaki soleh untuk perempuan solehah, 

cinta itu fitrah, 

carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...


"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"



Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, 


berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;


Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...


Ngurat sikit, dah sangkut....

Ajak couple sikit, terus setuju...

Lepas tu, putus cinta,meleleh2...

Ada masalah sikit, doa nak mati..

Kena marah dengan mak/ayah sikit, 

buat status cakap tak pernah bahagia...

Exam failed, kata taknak hidup lagi...

Pakwe tak mesej sehari, 

di status penuh dengan kata-kata rindu...

Pakwe marah sikit, 

buat status meleleh macam haram...


Fikir secara waras, 


adakah ini sifat wanita yg ditarbiah 

oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW ?


Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, 


Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, 

Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', 

Masyitah, Balqis, Maryam 

dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. 

Tapi apa kalian kenal siapa mereka? 

Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? 

Ikut sikap dan akhlak mereka?


Memang akal kalian senipis rambut, 


tapi kalian bukan BODOH...


Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian 


untuk bangun dari tidur, 

untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, 

jangan jadi hamba lelaki, 

jangan jadi hamba cinta haram, 

jangan jadi perempuan murahan, 

jangan kapel free2 macam bohsia, 

jangan dok bermanja dengan lelaki 

macam perempuan tiada harga...


Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), 


jika seorang lelaki mendapat 

wanita solehah sebagai isteri, 

maka separuh agamanya telah sempurna...


Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu 


harganya separuh dari agama?


note:


"Ada mata dan telinga kan semua?"


"Subhanallah"



~sama-sama kita refleksi diri, 


moga Allah pelihara kita, ameen ya Rabb~

^ DI SEBALIK ITIK YANG COOL ^



Cool + macho kan si itik ni ..


Kadang kita seperti itik yang berenang.

Nampak "cool" di permukaan air tapi kaki masha-Allah.

Terkapai-kapai mengayuh di balik pandangan.

-Hassan Basri-



^ KITA TAK SERUPA MONYET ^


kalau hidup sekadar makan, monyet di hutan pun makan.


kalau hidup sekadar tidur, monyet di hutan pun tidur.


kalau hidup sekadar bersuka-ria, monyet di hutan lagi seronok dan BEBAS.


apa beza kita dengan monyet-monyet di hutan kalau 


tidak berjuang untuk menjadikan manusia itu betul-betul manusia?


apa beza kita dengan monyet-monyet di hutan 


kalau tak berfikir dan berkerja untuk Islam?


[Al-A'raaf : 179]




" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam 


banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) 


tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) 


dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu 


melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) 


dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu 


mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); 


mereka itu seperti binatang ternak, 


bahkan mereka lebih sesat lagi; 


mereka itulah orang-orang yang lalai. "




^ TARBIYAH ^