Wednesday 19 December 2012

^ PENGORBANAN ^


Pengorbanan itu mendatangkan lelah,

menyesakkan jiwa,

memperdagangkan masa dan segala yang dimiliki..

Namun pengorbanan kerana Allah

itulah yang membawa hari-hari sang abdi

bersama redha Ilahi,

langkahnya disertai naungan rahmat  

dan kasih sayang yang Esa

dan tersedia padanya syurga firdausi..

~Hidayah~

^ TAWAKAL ^


Yang dilihat dan diukur-Nya bukan sejauh mana usahamu,

tapi yang diharap sejauh mana tawakal, 

percaya nan jitu,

dan pergantunganmu pada-Nya,

tapi tak bermakna tak perlu berusaha,

Usahalah semampumu,

tapi jangan sesekali beraqidah bahawa 

banyak usahamu penentu kejayaan..

Tapi berimanlah bahawa tawakalmu itu 

sebenarnya hanya semata-mata pada-Nya.

Itulah penentu kejayaanmu.

Kejayaan bukan milik sesiapa,

tapi adalah milik Allah.

Jadi seyakinnya hendaklah dikau pohon dari-Nya semata.

Jangan mudah mengaku kalah !

~Anonymous~

^ WAHAI PEJUANG ^


Wahai pejuang !

Kuatkan hatimu sekuat singa,

Kentalkan hatimu sekental halilintar,

jangan apabila hanya dijentik,

mudah terluka dan terguris,

ini bukan sifat pejuang !

~Laksamana Jerai~

^ TANDA BERIMAN ^


Rasulullah saw bersabda :

" Bila rasa gembira buat baik

dan rasa dukacita bila buat keburukan,

maka itu tandanya kamu beriman. "

~HR Ahmad~

^ MENUNTUT ILMU ^


Menuntut ilmu di usia muda

umpama mengukir di atas batu,

Menuntut ilmu di usia tua

umpama melukis di atas air..

~mar203~

^ KEZALIMAN VS KEBENARAN ^


Kezaliman walaupun kelihatan kuat

namun takkan kekal,

Kebenaran walaupun kelihatan lemah,

namun ianya kekal..

~Sayyid Qutb~

^ FIKIR MATI ^


Fikir kematian seperti 

mengaktifkan penggera jam,

dengannya kita terbangun,

tanpanya kita terus lena..

~NHM215~

^ POINTER TINGGI ^


Pointer tinggi bukan kehendak dan kemahuan

kerana nafsu semata,

tapi merupakan keperluan,

sebagai wasilah untuk menggapai matlamat..

Kerajaan Islam adalah wasilah untuk 

kita menggapai matlamat perjuangan,

dengan adanya sistem pemerintahan Islam,

maka terlaksanalah hukum-hukum Allah swt..

~Anonymous~

^ SAKARATUL MAUT ^


Orang yang selalu bangun qiamullail

akan dibukakan pintu syurga di depannya

di saat sakaratul maut 

dan 

dipermudahkan urusan sakaratul mautnya..

~Wani~

^ PERBUATAN YANG SAMA ^


Melakukan perkara yang sama berulang kali

akan menyebabkan anda mengalami

"kecatatan minda"

dan

merendahkan tahap pemikiran anda.

~Smith~

^ KENAPA KITA SEDIH ? ^


Kenapa kita sedih ?

Sebab ada orang buat kita sebak,

Kenapa sebak ?

Sebab dia guris hati kita,

Siapa yang boleh guris hati kita ?

Orang yang selalu buat kita gembira..

~Ust Zahid~

^ UJIAN ^


Ujian bahasanya bisu,

hadirnya tak terduga,

ada kala ujian itu bertandang

untuk membersihkan dosa,

ada kala untuk mengajak kita bertanya,

apakah diri sudah terlupa ?

~Ust Zahidi~ 

^ FORGIVENESS ^


The weak can never forgive,

forgiveness is the attribute of the strong..

~Mahatma Gandhi~

^ BERANI ^


Orang yang terlalu memikirkan akibat

daripada sesuatu keputusan atau tindakan,

sampai bila-bila pun

tidak akan jadi orang yang berani..

~Saidina Ali~

^ SOLAT SIA-SIA ^


Berapa ramai orang yang mengerjakan solat,

tetapi ganjaran yang diterima

hanyalah penat dan lelah sahaja..

~Riwayat An-Nasa'i~

^ ATAS API NERAKA ^


Berapa banyak badan yang bagus,

lisan yang fasih,

wajah yang berseri,

kelak berada di atas api neraka

sambil berteriak kesakitan..

~Isa Putera Maryam~

^ TERUSKAN HIDUP ^


Hidup mesti terus berjalan.

Tidak boleh menyerah,

tidak boleh melakukan kejahatan.

Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggungjawab.

~Zhang Ta~


^ KENAPA ? ^


Kenapa ada yang sakit, 

tapi sentiasa bersyukur ?

Kenapa ada yang gagal dalam exam,

tapi masih bersemangat berjuang ?

Kenapa ada yang hidup bahagia,

walaupun miskin dan anak-anak mereka berjaya ?

Kenapa ada yang hidup mewah,

tapi bersedih dan anak-anak mereka jadi sampah masyarakat ?

~Fatihah~

^ TERKECUALI ^


Jikalau semua orang masuk syurga 

kecuali seorang,

aku takut akulah orang itu..

~Saidina Umar Al-Khattab~


^ TIDAK PERNAH ^


Setiap hari kita berkejaran ke rumah Allah,

tapi kita tak pernah berkejaran ke hati..

Setiap hari kita melawan syaitan,

tapi kita tak pernah melawan keegoan..

Setiap hari kita cuba gapai apa yang di langit,

tapi kita tak pernah gapai apa yang di dalam diri..

hentikan..

hentikan semua..

cukuplah Allah bagi dirimu dan diriku..

~ anonymous ~

^ BEST FUTURE ^


Sometimes the people with the worst past,

create the best future..

~Umar Al-Khattab~

^ JANGAN MINUM BERDIRI ^


Janganlah sekali-kali seseorang dari engkau

semua itu minum sambil berdiri,

maka barangsiapa yang lupa,

maka hendaklah memuntahkannya.

~Riwayat Muslim~

^ RINDU HAMBA-NYA ^


Jika Allah rindukan hamba-Nya,

Allah akan hantarkan hadiah istimewa

melalui malaikat Jibril,

isinya adalah ujian..

~merahred~

^ RASA DIRI BAIK ^


Orang yang rasa diri dia baik,

sebenarnya jahat..

Kalau rasa dirinya tiada dosa,

dialah sebenarnya ahli dosa..

Merintihlah taubat dari Allah sungguh-sungguh..

~UAI~

^ HARTA ^


Harta itu kalau dilaburkan di jalan Allah,

ia pasti berkurangan dan habis kerana 

Allah bakal hadiahkan 

harta baru yang lebih berkat..

~Nabila Huda~

^ 4 CABANG ILMU ^


Sebagai seorang Muslim,

kita mesti kuasai 

4 cabang ilmu,

1] Ilmu Sejarah

2] Ilmu Undang-undang

3] Ilmu Ekonomi

4] Ilmu Agama

~Ust Azam~

^ STRONG MUSLIM ^


A strong Muslim is one who is going 

to overcome all obstacles in his path 

and always keeping a smile on his face, 

and making as nothing happened. 

~Cik Yam~

^ BERHARAP PADA ALLAH ^


Bila kita berbuat sesuatu kebaikan,

kita kene berharap hanya pada Allah,

harapkan pahala dari Allah,

jika kita berharap kepada manusia,

kita akan lebih banyak kecewa.

~Ust Md Noor~