Wednesday 19 December 2012

^ PENGORBANAN ^


Pengorbanan itu mendatangkan lelah,

menyesakkan jiwa,

memperdagangkan masa dan segala yang dimiliki..

Namun pengorbanan kerana Allah

itulah yang membawa hari-hari sang abdi

bersama redha Ilahi,

langkahnya disertai naungan rahmat  

dan kasih sayang yang Esa

dan tersedia padanya syurga firdausi..

~Hidayah~

^ TAWAKAL ^


Yang dilihat dan diukur-Nya bukan sejauh mana usahamu,

tapi yang diharap sejauh mana tawakal, 

percaya nan jitu,

dan pergantunganmu pada-Nya,

tapi tak bermakna tak perlu berusaha,

Usahalah semampumu,

tapi jangan sesekali beraqidah bahawa 

banyak usahamu penentu kejayaan..

Tapi berimanlah bahawa tawakalmu itu 

sebenarnya hanya semata-mata pada-Nya.

Itulah penentu kejayaanmu.

Kejayaan bukan milik sesiapa,

tapi adalah milik Allah.

Jadi seyakinnya hendaklah dikau pohon dari-Nya semata.

Jangan mudah mengaku kalah !

~Anonymous~

^ WAHAI PEJUANG ^


Wahai pejuang !

Kuatkan hatimu sekuat singa,

Kentalkan hatimu sekental halilintar,

jangan apabila hanya dijentik,

mudah terluka dan terguris,

ini bukan sifat pejuang !

~Laksamana Jerai~

^ TANDA BERIMAN ^


Rasulullah saw bersabda :

" Bila rasa gembira buat baik

dan rasa dukacita bila buat keburukan,

maka itu tandanya kamu beriman. "

~HR Ahmad~

^ MENUNTUT ILMU ^


Menuntut ilmu di usia muda

umpama mengukir di atas batu,

Menuntut ilmu di usia tua

umpama melukis di atas air..

~mar203~

^ KEZALIMAN VS KEBENARAN ^


Kezaliman walaupun kelihatan kuat

namun takkan kekal,

Kebenaran walaupun kelihatan lemah,

namun ianya kekal..

~Sayyid Qutb~

^ FIKIR MATI ^


Fikir kematian seperti 

mengaktifkan penggera jam,

dengannya kita terbangun,

tanpanya kita terus lena..

~NHM215~