Thursday 8 November 2012

^ JANGAN DUDUK SAJA ^


Jangan kamu intima' dalam dakapan dakwah 

kemudian kamu duduk sahaja..

Jangan kamu berukhuwah 

sekadar untuk gembira dan membaja rasa..

Jangan kamu meneguk tarbiyyah sekenyang-kenyangnya 

kemudian kamu berdengkur lena 

mengeraskan ilmu di dada..

Friday 2 November 2012

^ BERDIRI BERSAMA ^


Bertahun sudah
Kita bersama
Suka dan duka
Gelak dan tawa

Tiba masanya
Kita berpisah
Moga kau dan aku
Tidak kan lupa

Generasiku
Ku ingin kau kembali
Bersama
Hilang segala gusarku
Ku perlukan mu
Mengharungi segalanya
Melepasi
Kehidupan bersama

Kau begitu sempurna
Kekal untuk selamanya
Tetap kita 
Berdiri bersama

~few brothers of sixth gen~

Thursday 1 November 2012

^ PERTEMUAN INI ^




pertemuan ini,

mengajar aku seribu erti,

menongkah arus perjalanan kini,

menghadapi mehnah dan tribulasi,

bersama sahabat pendamping diri,

pasti,

akan kusisipkan di lubuk sanubari.



ingatkah lagi duhai teman,

saat kita bersama-sama meneroka kehidupan,

memerah idea dan fikiran,

memaknakan satu erti pada sebuah perjuangan,

memasakkan satu paksi dalam sebuah kumpulan,

semoga membuahkan kegemilangan 

yang berpanjangan.


hari ini kita bersama menempuh 

ranjau dan duri,

letih, penat, 

berkejaran masa menjadi rencah 

dalam diari hati,

saat ini, tika ini, waktu ini,

aku masih bisa berdiri,

dengan adanya dirimu di sisi,

membantu meneguhkan insan ini,

menabur bukti setulus budi.



andai ditakdirkan perpisahan menyapa 

ukhuwah kita,

janganlah dikau gusar dan hampa,

ketahuilah,

rencana Allah punya hikmah disebaliknya,

walau pun di mana kita berada,

kita tetap pada landasan yang sama,

matlamat yang sama,

menggapai redha Allah itu yang utama..


KERANA ALLAH KITA MARA !!!


~ain, adawiyah, khairatus, faiqah~



+ walau apa pun yang terjadi, kita jumpa di syurga +


^ DI ALAM MAYA TAK SERUPA REALITI ^


peringatan dari sahabat ana yang menusuk kalbu tentang 

realiti di alam maya ..

astaghfirullah

______________________________________________________

SMS tanpa urusan.

Berfacebooking tanpa urusan.

Call tanpa urusan.

Dating tanpa mahram.

Chatting tanpa urusan.

dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi.


Kat luar tak pernah bertegur sapa..

Pandang pun tak..

Tapi kat FB... kencang !

Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri..

Bersalah dengan diri sendiri..

Adakah hipokrit ?


Sebab tu lah orang cakap, di alam maya,

ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..


Ada orang, di alam realiti sangat pemalu.

Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken.

Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain.

Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun

dengan kawan berlainan jantina.

Tapi di alam maya,

kencang je chatting dengan kawan yang berlainan jantina.


Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban..

sungguh, di antara kita tidak terlepas 

dari masalah menjaga ikhtilat

di antara lelaki dan perempuan.


Di luar punyalah tsiqah dan warak..

angkat muka pun tak mahu di depan

kawan-kawan berlainan jantina..

MALU !

Tapi di alam maya.......................

tak sanggup nak tulis kat sini,

Teramat malu..

Malu dengan diri sendiri.

Malu kepada Allah.

Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..

Ya Allah..

Berikanlah kekuatan kepada kami untuk 

menjaga ikhtilat dalam pergaulan..

Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat..

Hanya iman dan taqwa mampu menjadi 

benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..


Marilah kita katakan TIDAK kepada 

pergaulan bebas di alam maya !

Walaupun kesannya sukar dilihat,

tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam 

kepada hati dan adab sosial seharian.

Pelihara hati, pelihara tingkah laku,

pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah,

pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.


Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya.

Aamiin.. ^_^

~peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa 

dan juga sahabat-sahabat lain~

(daztun nithaqain, 2012)

#copy paste

~fb azam afidi~